F A K E S M I L E

ENTRY ABOUT STUFFS TWITTER FACEBOOK TUMBLR NEWER OLDER +FOLLOW

That feeling bila first time...
Tuesday 27 August 2013@21:00

Hey,


Act, I shouldnt update entry here, but sukati aku lah. Haha k, annoying much. Saje, gembirakan hati yang tengah sakit. Untuk lima belas minit aku online just nak update entry. Cerita sebenarnya aku dah janji sebelum aku on laptop. Kalau kau online aku nak on skype, vc dengan kau. Tapi kalau tak, aku nak update kat sini. ((untuk lima belas minit)) !

Aku nak share dengan kau (tu pon kalau masih sudi) perasaan bila first time kena fitnah sampai teruk macam kat sekolah tadi. Aku hanya senyum dan berdoa "Ya Allah, kuatkan aku." Tu je nak bagitahu. Kalau aku cerita,  kene spontan, tapi kau tak online sekarang.

Terasa sangat bodoh, suruh kau menjauh dan pada masa yang sama nak kau dengar masalah aku. Aku tak sepatutnya kat sini. Mesti kau akan terbeban. Its ok, kau jugak suruh aku jadi kuat, tabah, jangan lemah. Aku akan buat.

i should go now

0 comment[s] | back to top

Bye itu maksudnya selamat tinggal.
Saturday 17 August 2013@09:34

Hi, you.



Maaf aku tiada kekuatan untuk berdepan dengan kau untuk bincangkan hal ni. Sungguh, aku lemah. Tapi, aku tahu yang aku kene jugak buat semua ni. Aku harap kau boleh terima, sebab ni untuk kebaikan kau jugak.

Selama ni aku telah gagal. Gagal untuk berada disisi kau saat kau perlukan seseorang, gagal memberi yang terbaik sebagai seorang yang bergelar kawan, gagal buat kau happy balik bila kau sedih, gagal dalam semua perkara. I feel useless. Aku sendiri marahkan diri aku, taknak maafkan diri aku sebab buat macam tu. Stupid, untrusting girl. Im bad for you.

Sebelum ni pon, aku marah kat diri aku sebab layan kau masa first kau tegur aku. Aku tanya diri aku, kenapa aku tak layan kau macam mana orang lelaki yang pernah tegur aku sebelum kau, stupid sekali lagi. Tapi, aku tak salahkan sesiapa. Aku tak salahkan kau, aku cuma salahkan diri aku sendiri sebab aku yang mencipta kesilapan ni. Aku pon tak salahkan takdir, sebab takdir yang kenalkan kita. Ada yang indah dan sebaliknya. Aku tahu itu semua ada baiknya. Aku tak menyesal, aku bersyukur sebab kau ajarkan aku erti kehidupan.

Susah bagi aku, tapi aku terpaksa. Aku perlu.. aku minta maaf sekali lagi sebab hilang disaat kau perlukan seseorang. Aku orang munafik yang tak pegang pada janji. Aku teruk. So. kau berhak dapat yang lebih baik. Yes, itu yang sepatutnya. Kau layak, mungkin dari dulu lagi kau memang layak untuk itu. Dan aku tahu kau pon dah jumpa orang itu. Dia yang selalu ada untuk kau, yang faham every little things about you, yang tenangkan saat kau resah, yang selalu ingatkan kau betapa istimewanya diri kau, dan yang paling penting. Yang sayang kau lebih dari apapun. Bukan macam aku.

Aku pon dah lama sakit, tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Mungkin tunggu masa je. Maafkan aku sebab terpaksa tinggalkan kau. Percayalah, ni semua untuk kebaikan kau. Selepas ni, kau akan jumpa cahaya yang kau dah lama cari. Kau akan keluar dari semua mimpi ngeri ni. Aku sendiri dah tak sanggup untuk lukakan hati kau lagi, aku rasa tak tenang dan serba salah. Maafkan aku.

Aku rasa ni semua balasan untuk aku selepas apa yang aku buat. Tapi sungguh bukan niat aku untuk buat semua tu. Kau layak untuk dapat bahagia kau yang dah lama hilang dan aku juga layak untuk dapat semua ni. Aku terima.

Dan ini mungkin permintaan aku yang terakhir untuk kau. Aku nak kau buang nama aku dalam kamus hidup kau, kau buang aku jauh jauh dari hidup kau. Aku taknak kau stalk aku lagi, aku akan bantu kau. Aku nak kau lupakan aku. Buat yang terbaik untuk masa depan kau. Aku percaya kau cukup kuat untuk buat semua ni. Jaga diri, jaga solat, jaga iman. Semoga mendapat kebahagiaan kau semula, aku doakan kau. Selamat tinggal.






0 comment[s] | back to top